Monday, July 1, 2013

Hello July apa khabar denganmu?

Dah lama tak bukak blog.kite warm up dulu dengan gambo Abam Adam gembo gembo ok?

 Adam buat muka macam hekeleh mama  gelabah nak amik gambo kat umah ongkawen kenapa?

Nanti sambung.kbai!

Monday, March 11, 2013

Lidah melecur makan sup ayam panas

Hai semua!

Lama betul kita tak bersua.aku bukan malas nak update blog yang ada macam takda ni tapi sebab takde sapa yang tanya kat mana beli barang2 Adam,berapa harga semua benda lah so rasanya takpe kot kalau tak update.eh?ape eh?eh?nak kena pukul?

Jom tengok gambo Adam jap nak?bosan kan baca entri meraban mak Adam ni kan?alaa ngaku jelah takde aku nak sentap pon.takot lepas aku sentap nanti aku buat monolog macam pynn jamal heh?no worries lah hahaha

Dah tak boleh  pulak nak amik gambo dari phone gallery bodo nih!takpelah nak tengok gambo Adam kang pandai la pegi kat stegrem pau kacang ok?

Eh baru perasan tajuk entri macam bongok tetiba pasal lidah melecur makan sup ayam.lunch tadi makan sup ayam dengan nasi putih.tak sedap bukan sebab mak masak tak sedap tapi tak dapat letak sambal kicap.skang ni semenjak dah ada anak (ewah ayat mak mak) dan anak bf plak terpaksa jaga makan.aritu aku pegi bantai makan ramen seafood n spicy melahar kau pedas dia tapi bajet tak bersalah makan mee dia je padahal ngelat hirup gak kuah dia sket.haa amik kau Adam dah cerry berry sian lahai.dah lah poo poo warna macam mentega kacang lady's choice lemak2 gitu.kesian tengok dia malam resah je tak boleh nak tido walaupon tau kalau tak makan ramen pon Adam memang tak tido malam T_T tapi sebagai mak mak terpaksa akur dengan kehendak takdir.lepas daripada kejadian tu aku dah buat janji pengakap tanak makan makanan pedas sangat.

Eh rasa macam dah bosan je taip entri kat hempon ni.dah la kecit,asik typo manjang jari blom cukup slim balik tapi badan dah eh?

Dah la. Bai!


Friday, March 1, 2013

26 hari lagi

amboi kemain tajuk macam countdown nak kawen padahal countdown nak abes pantang.haa nak cerita pasal diri sendiri berpantang mengkonon sampai 44 hari jadi perempuan jalan kepit plahan plahan,makan sup,panggang segala,berpilis tungku bagai tapi nampaknya hari ke 18 aku dah ngelat haha matilahh.

malam kemarin makan ayamas,malam semalam makan pizza malam ni makan satey.meriah betol menu makan malam kau pau macam dah lepas 44 hari.tapi aku berani makan pon sebab tempat jait tu dah ok,sedapkan hati cakap dah ok pasal makan jeli gamat gamogen pemenda ntah nama dia.stokin pon macam buat2 lupa nak pakai kalau time panas.teruk betol.kalau dah gini baru je orang nak puji aku kurus lepas bersalin terus lost 15kg terus tak jadi puji lepas tengok gaya pemakanan aku amboi gaya pemakanan tau ayat aku.

panas gila kan dah dua tiga hari ni kalau tengahari sampai petang rasa nak bogel je tau.ni dah malam hujan dah turun pon still panas.malam2 selalu gado dengan mak,mak cakap sejuk soh tutup kipas aku panas tak bagi tutup kipas sampai mak cakap ko ni tak macam orang dalam pantang xpela mak,nak buat camane lemak tebal macam karpet dari turki.

eh lambat pulak chip ni balik aku dah lapo dah ni.takpe2 kite sambung merapu lagi.Adam skang ni kan dah pandai buat magik.setiap kali nak isap susu mesti kena bedung dia kalau tak tangan n kaki dia sebok nau mengayuh bajet tak sabar.siap buat bunyik huh!huh!bila nipple tak masuk btol dalam mulut omel dia.geram tau.pastu kalau time dia kuat bagai johan even dah bedung pon jap lagi terjulur keluar tangan dia dari celah bedung siap mitten dah tanggal dalam bedung sebab tangan kecit sangat.lepas tangan dah terkeluar tu suka sangat la.kaki pon dah pandai menendang kalau dah haus sangat.hai anak baru 18 hari dah  bertenaga macam ni?

alamak perut dah lapo mak cakap orang dalam pantang tak leh tahan lapo.sambung kat next entri eh.kbai nak makan satey yang harga dia RM0.50 sebatang.haha #chanteksinsidejokes lagi.

Adam cakap tata!


Wednesday, February 27, 2013

Anak Bujang Pau Kacang

Hai semorang!

presenting anak bujang pau kacang

*drum roll*



ADAM LUTH GIBRAEL BIN MOHD NASRULLAH
12/2/2013 ; 2.95kg

Gambo tu fresh baru keluar dari labour room.sebijik sangat muka aku cuma bibir sepsi sket terbelah kauu ikut sapa ntah.nak cerita detail next entry la sebab entry kali ni takde modal nak cerita pasal harga eh?#chanteksinsidejokes..


its all about the moneeyy..moneyy..moneyyy

p.s: madada aku up dulu lah tunggu kau lambat beno kahkah!

kbai!

Wednesday, February 6, 2013

acah-acah sakit perut

last entri update masa 37 minggu 3 hari
harini aku dah masuk 38 minggu 2 hari

selang seminggu update blog,macam ada perubahan je pau.ke ni muslihat saja nak jauhkan diri dari stegrem slow2 sebab tak lama lagi kan nak bersalin so kau takkan bukak stegrem manusia2 kejam yang upload gambo makanan akan menggugat nafsu kan?kan?contoh macam yang ni


ini stegrem mak kiz yang menang giveaway sk aritu ;p

sedap kan?tsk!alah jangankan gambo inzal camni,megi bodo rendam air panas pon aku berselera je kalau orang upload.haih..dah lepas ni sapa yang upload gambo makanan kat stegrem especially #chanteks aku cubit sorang2 sampai lebam hahaha

memandangkan aku mula cuti bersalin 18/2/2013 ni tapi arini baru 6/2/2013 tapi dah macam malas nak gi keje.bukan sengaja malas..kalau pegi keje kang mula la perut ni acah2 sakit.time cuti eh mc dok rumah senang lenang tak pulak sakit perut sangat,manjang lapo je.motip sangat anak aku ni.tapi besok rasanya pergi kerja tapi lepas checkup kat klinik desa n klinik kesihatan.tu pon kalau aku rajin la nak masuk opis balik.jumaat keje sebab ada farewell student praktikal kat opis.makan sampai gemok yeay!

siang tadi takde buat apa kat rumah lepas sarapan pukul 11.30 am ajak chip ngemas bilik.habuk dah kemain tebal macam ape dah.aku lap gobok baju,gobok solek,katil.ok lap gobok baju dengan katil tu tipu,aku lap gobok solek je hahaha koser tau dah boyot2 gigih nak lap beriye sangat.chip nyapu,tukar cadar,tampal leb2.aku tak tau ape benda nama bende alah ni since beli 3 taun lepas simpan je dalam laci.meh nak tunjuk gambo sikit walau aku dah tayag kat fb,stegrem ngan twitter.


cantik?

kretip jugak laki aku nyusun benda alah tu.boleh jadi eric leong SEPRAIS! dah hahaha.lepas penat ngemas dan mengeric leongkan dinding bilik tidur,maka lepas itu kami tidur dengan aman dan damai sampai bila2 haha pau gila.

cukup la dulu taip sampai sini.kejap lagi chip balik tapaukan roti telur kentang.kang aku upload kat stegrem nak?tanak sudah nama kau dollah hahaha kbai! 

Saturday, February 2, 2013

bila perut dah sama rata dengan dada

harini saya telah pretnen 37 minggu 3 hari!

ada lebih kurang 18 hari lagi sebelum sampai due date 20/2/2013.cuak tauhu?baju n barang2 si kecik dah beli tapi tak beli semua pon beli yang penting2 je dulu.

eh jap jap amboi mak dia tengah update blog dia kemain berjoget-joget dalam perut. tak selesa pulak,jap jap.


nah amik kau gambo paling latest.tajuk dia perut dan dada sama rata hahaha

sambung nanti eh korang.ketiak gatal kenapa ntah.

bai!

Sunday, December 30, 2012

Wedding Nawal dengan Aijad Pahmy dan #chanteks di Hari Natal

Nah kauu sepemalas pemalas papau kadang-kadang ada rajinnya,manusia kan ada kelebihan dan kekurangan.gitu intro entri aku rasa nak mintak penampo hahaha.

Ada 5 gambo chip amik masa kat sana.sebenarnya 2 je sebab lagi 3 semua gambo sama tapi belum ready.bertuah sangat laki aku T_T

Agenda sebelum hari kejadian kemain wassap dengan chantek cakap aku gerak awal.puii sangat tau haha.seperti yang dijanjikan pukul 10 pagi yang aku gembar gemburkan nak gerak tu sebenarnya baru bangun tido.salahkan chip sebab dia balik keje pukul 3 pagi lepastu kena tunggu dia bangun sampai dengan aku aku sekali tertido.wassap tot cakap pukul 10.30 baru bangun haha tot mengada rumah sekangkang kera kat shah alam nak ajak saing kononnya sebab malu sekali tengok dia yang tinggal aku sampai tengok dia tengah makan dah benci tau.

Bertolak dari k.pilah pukul 11 pagi dengan hati girang sambil nyanyi lagu selamat perantin baru tapi bukan untuk nawal tapi untuk diri sendiri sebab haritu genap 7 bulan jadi isteri comel chip.agaknya sebab chip terharu aku nyanyi lagu tu dengan lunak sekali,sampai rnr ulu bendul dia berhenti beli kopok leko,cucuk2,jambu,air mineral buat seprais.sweet ke kau rasa?tak pon sebab sebenarnya dia lapar belom sarap.

Sampai seremban singgah pulak giant sebab hadiah nawal belum wrap nasib ada kedai yang boleh buat walau dia caj melampau macam rasa nak tonyoh topi santa yang dia pakai tu kat muka dia.lepastu chip cakap nak hadiah seprais lagi tak?aku layankan jelah rupa dia belikan air cool blog haha menangis tak tengok dia punya seprais?dengan riak dan takabbur chip tanya kat budak cool blog tu air apa yang paling mahal sekali kat sini?budak tu jawab choc lava ke ape benda tah sambil terkebil kebil dalam hati ntah2 tengah menyumpah.chip mintak less sugar tapi sekali dapat manis berdentum.kan betul aku cakap budak tu saja nak kenakan chip.aku agak jelaa.on the way keluar giant ada orang jual yang asam gula2 jeruk sotong segala tu ala yang timbang ko amik berapa banyak tu.berhenti lagi kat situ,chip nak beli sotong plak.nasib kat wassap sk cakap dia blom mandi,nasrah cakap laki dia tengah tido lagi takde la aku cuak datang paling lambat.ok penat cerita pasal singgah giant.

Nasib trafik ok tak jam so sampai shah alam dalam pukul 2 ptg,tu pon start dari keluar tol batu 3 dah guna gps.aku nama je selalu pegi shah alam tapi tak boleh percaya.sampai kat oasis 9,terus nebes gila.first time pegi wedding blogger pastu jumpa chanteks gila tak nebes?yang dah penah datang masa aku kawen tu takdela nebes sangat dah,yang lain tu alalala debor mak tau!

Sampai dewan masa tu tengah pack gila,nampak tot,hudau,yaya,sk,makla n acik.tapi sebab ramai,pegi cari table kosong makan dulu pastu baru jumpa tiom2 laga pipi montok masing2.kenapa semua comel sangat ni?kenapa?geram betol tau.ke #chanteks dah jadi #chomels aku je yang tak tau?

Masa makan pak yem bagi speech sumpah kelakar sampai pakcik yang satu table dengan aku tengah makan sup nak tersedak hahaha.lepas makan jumpa balik chantek,jumpa fieda jumpa cilot.tapi lupa nak amik gambo,eksaited sangat kononnya.masa naik stage amik gambo dengan pengantin skema sangat weh sume amik gambo macam tengah menyanyi lagu negaraku.yang freestyle kat kamera op je.tunggu lah nanti bila dah siap nawal upload.

Tapi kan yang tak sempat nak jumpa mak rah dengan bot.bot datang awal lepastu dia ada hal kendian dia datang balik sume dah balik,sian bot.mak rah pon lambat bape minit je dari kitorang,alaa tak dapat nak jumpa nasrah binti yang tau hihihi.dari shah alam pergi alabama eh alamanda.kali ni baru betol2 punya selebret annibersary,takdela aku nak tunjuk perasan senyap2 macam kat rnr ulu bendul dengan giant.cari parking kat mall masa public holiday memang menguji skill sabar dan menahan diri dari memaki kalau ada kereta yang curi parking yang kita dah tulis alip lam lam ha.geram tahu?nasib nak pegi makan nandos takdela rasa nak marah sangat.

Berjalan time dah 8 bulan ni memang asik kena cari toilet selang 10-15 minit.tapi tahan jela sebab malas dalam toilet ramai sangat orang kena que macam nak beli tiket bas balik raya.lepasni pakai pampers huggies dry lah kalau pegi jalan.

Amboi macam panjang nau je aku taip ni.chip dah 2,3 kali tanya aku wassap dengan sapa:jap lagi dia tanya lagi main game ape tu?padahal banyak kali dah cakap update blog,saje buat tak dengo la tu.oklah bye nak tido.oh sebelum tu nak wish untuk nawal.

Nawal,selamat pengantin baru.aku suka tengok ko happy macam skang.aku doakan rumahtangga ko dengan aijad pahmy kekal sampai akhir hayat.thanks sebab jadi kawan aku n tempat aku mengadu sebelum kawen.sayang ko sangat2,cepat2 ada baby nanti anak kita sebaya boleh buat keje sekolah sama2 haha tiba sangat.love u mak wang!

Hausla taip panjang2,nak gi minum air sirap.

Published with Blogger-droid v2.0.8