Saturday, June 30, 2012

adibah manis yang memaksa saya menjadi rajin

Rajin kan?semalam update harini update lagi.patotnya bulan depan aku update.tapi sebab adibah bot
suruh rajin update aku pon terpaksa la rajin.nasib ada gambar dengan dia jadi aku ikhlas la jugak nak update arini.first time jumpa bot masa wedding aku haritu.memang dia dah bagitau datang lambat skek sebab jiran dia pon kawen hari yang sama.bagus semangat kejiranan bot.lepastu baru dia gerak ke kuala pilah.masa chanteks nawal,maw,sk ngan kiz datang pon bot blom sampai.sian dia tau tak tau rumah aku kat mana nasib pakai gps terus pegi teratak za'ba tempat aku buat outdoor photoshoot.yeay jumpa tot! Amik gambo dulu.itu penting.jap.

Alahai gambo pegi kat atas pulak ni yang benci bukak blog pakai hempon ni!

Omey kan bot?sepol pon omey.nasib masa tu adik aku tak ikut sekali kalau tak mesti sepol cemburu hahaha.nak borak dengan bot lelama pon tak dapat sebab tengah amik gambo dah lah masa tengah borak dengan bot ada kakak demok sebok soh kitorang tepi skek sebab masuk angle dorang nak amik gambo sebok ah pegi la tempat lain nak jugak nyelit kat aku ngan bot kenapa?nak nampak gambo chanteks lettew haha..btw thanks bot datang wedding aku even jejauh terharu aku ingat dapat jumpa ko kejap kat rumah tapi tak sempat sebab ko nak balik cepat kan.eh ni macam cerpen untuk bot ke camne tah ni ahahaha matilah aku tak update pasal chanteks lain datang wedding aku.nawal,maw,kiz ngan sk lepas ni aku up entry pasal korang pulak eh jangan pukul bot siann dia.

Jap..jap..thanks jugak bot sebab bagi hadiah in advance stamp pad warna warni tu :) kau memang sweet macam gula melaka eh?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 29, 2012

sebulan hanya sekali

pemendelah aku ni update blog pesen sebulan sekali.
sekali update masa belom kawen.
sekali update bagitau dah kawen.
sekali update dah mengandung. eh?
jangan sekali lagi update dah nak bersalin.
itu update 9 bulan selepas ini.
tapi kan aku nak update pasal blog kawan chanteks kesayangan.
tak sempat nak amik guestbook harga RM 3 juta dari lunda tapi aku suka kad kawen yang dia DIY sampai rasa nak ajak chip kawen lagi sekali pastu tempah kad kawen kad lunda hahaha
tapi walau tak sempat amik guestbook pon aku tak penah la nak bagi bad review sebab aku bukan siapa2 pon kat dunia blog ni lainla yang berpengaruh tinggi lantas sekali kau buat bad review semua orang bawahan kau akan sembah ratu ikut bagi bad review.
eh panjang plak aku bebel.
nasib menaip kalau bercakap dah lama aku loya ni.
bye!